Tahukah anda setiap hari kita terdedah kepada radikal bebas yang kebiasaannya kita dapati daripada:
- Asap kenderaan
- Asap rokok
- Pembakaran sampah
- Pencemaran alam sekitar
- Radiasi alat elektronik seperti telefon
- Bahan makanan yang diawet
- Racun kimia yang digunakan untuk tanaman sayur- sayuran
- Baja kimia dalam sektor perladangan
- Suntikan hormon pada haiwan ternakan seperti ayam
- Dan pelbagai lagi
Apa itu Radikal bebas?
Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, yang membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha untuk mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas juga dapat dihasilkan dari hasil metabolisma dalam tubuh badan kita dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah.Apakah kesan radikal bebas terhadap tubuh kita? Lihat dulu video ini.
Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik yang disebabkan oleh radikal bebas tubuh kita memerlukan anti oksida.
"Saintis kini percaya radikal bebas adalah faktor utama kepada terjadinya hampir kesemua jenis penyakit ,dari penyakit hati, artiris hingga ke kanser dan katarak. Radikal bebas juga adalah punca utama penuaan." Author The Antioxidant Miracle
Cegah radikal bebas dari membinasakan tubuh badan anda dengan mengambil bahan pemakanan yang tinggi kandungan anti oksida.