Apa itu Anti Oksida?
Anti oksida adalah bahan yang meneutralkan radikal bebas, sebatian-sebatian yang dihasilkan oleh metabolisme dan pendedahan kepada toksin dan sinaran yang membahayakan. Kerosakan radikal bebas menyebabkan perubahan yang berlaku disebabkan oleh peningkatan usia. Ia juga menyebabkan keradangan, kardiovaskular dan merosakkan sistem saraf, fungsi keimunan serta perubahan sel-sel kanser.Hasil kajian saintifik juga telah menunjukkan bahawa bahan-bahan pemakanan yang tinggi kandungan anti oksida mampu mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit manusia hari ini.
"Saintis kini percaya radikal bebas adalah faktor utama kepada terjadinya hampir kesemua jenis penyakit ,dari penyakit hati, artiritis hingga ke kanser dan katarak. Radikal bebas juga adalah punca utama penuaan."
Jika kita tak dapat mengelakkannya dari terdedah kepada radikal bebas saban hari, jalan terbaik adalah dengan mempunyai sistem pertahanan/imunisasi tubuh yang kuat. Kita perlu mengambil penawar yang mampu menguatkan tubuh badan kita di peringkat sel lagi untuk melindungi diri kita dari kesan karsinogen ini. Hasilnya tubuh badan kita akan lebih terlindung dari mendapat penyakit-penyakit yang merbahaya ini dan menderita kerananya.
Kaedah pencegahan penyakit adalah lebih baik iaitu mencegah penyakit sebelum ianya bermula sebagaimana yang selalu kita dengar “mencegah lebih baik dari mengubati” . Penyakit-penyakit seperti kanser, jantung, darah tinggi adalah lebih baik di cegah dari diubati. Pencegahan adalah lebih mudah dan lebih murah!
Dalam buku The new Anti Aging Revolution, Dr Robert Goldman menulis banyak faktor-faktor lain yang penting untuk mengekalkan kesihatan dan anti penuaan dan konsep anti oksida adalah salah satu darinya.
Tahap aktiviti anti-oksida dalam makanan atau supplemen akan diukur oleh mata ORACnya. Semakin tinggi ORAC, semakin kuatlah aktiviti anti-oksidanya.
Graf berikut menunjukkan kekuatan anti oksida yang didapati dalam buah Maqui Berry amat luar biasa berbanding dengan buah-buahan lain.
Elakkan radikal bebas dari memusnahkan sel-sel sihat dalam tubuh badan anda hari ini dengan mengambil Jus Maqui sebagai pemakanan tambahan anda.
Cuba sebotol dulu JUS MAQUI untuk mengetahui khasiatnya.

